ASK TINGKATAN 2

BAB 3.0 KOD ARAHAN

3.1 Persekitaran Kod Arahan

3.1.3 Menghasilkan kod segmen menggunakan: (i) fungsi input dan output

OBJEKTIF
a) Murid dapat menggunakan fungsi output dalam kod segmen python dengan pengisytiharan yang sesuai.

Rujuk buku teks muka surat 96 - 97 untuk penerangan lanjut

FUNGSI OUTPUT

Fungsi output merujuk kepada maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer. 

Maklumat yang dipaparkan ialah hasil daripada proses yang dilakukan oleh segmen kod ataupun data yang dimasukkan oleh pengguna melalui fungsi input. 

Fungsi output akan diaktifkan oleh sintaks umum mengikut bahasa pengaturcaraan yang digunakan.

Monitor ialah peranti output yang biasa digunakan. 

Maklumat yang dipaparkan pada skrin monitor ialah maklumat dalam bentuk mesej ataupun hasil daripada proses yang dilakukan oleh segmen kod.


 

Format fungsi input bagi bahasa pengaturcaraan Python

Sintaks umum

Format

contoh

print( )

print (nama_pemboleh_ubah)

print (“Umur: ”)

atau

print (umur)