ASK TINGKATAN 2
BAB 3.0 KOD ARAHAN
3.1 Persekitaran Kod Arahan
3.1.2 Membezakan antara pemboleh ubah dan pemalar dalam kod segmen
TP1- Mengenal pasti jenis data, pemalar atau operator.
OBJEKTIF
a) Murid dapat menggunakan pemalar dalam kod segmen python dengan pengisytiharan yang sesuai.
b) Murid dapat membezakan pemboleh ubah dan pemalar dalam bentuk peta buih berganda.Rujuk buku teks muka surat 90 - 91 untuk penerangan lanjut
Pemalar
- Pemalar bertindak seakan-akan pemboleh ubah, iaitu pemalar menyimpan sesuatu nilai dan nilai ini disimpan dalam ingatan komputer.
- Perbezaan utama ialah nilai sesuatu pemalar tidak akan berubah menjadi nilai yang lain semasa pelaksanaan atur cara.
- Lazimnya, pemalar digunakan dalam pengaturcaraan yang melibatkan pengiraan matematik. Contohnya, semasa pengiraan keluasan sesuatu bulatan, nilai Pi (Ï€) harus diisytiharkan sebagai pemalar supaya nilai ini kekal sama dalam atur cara yang dibangunkan
rujuk semula buku teks muka surat 91
Perbezaan antara pemboleh ubah dan pemalar
Ciri-ciri | Pemboleh Ubah | Pemalar |
Perubahan nilai | Mempunyai nilai yang boleh berubah-ubah | Mempunyai nilai tetap dan tidak berubah |
Nilai yang perlu diingat | Pengaturcara perlu ingat label dan nilai yang digunakan | Pengaturcara tidak perlu ingat label dan nilai yang digunakan |
Standard penggunaan nilai | Tiada nilai standard | Nilai yang standard |