ASK TINGKATAN 2
BAB 3.0 KOD ARAHAN
3.1 Persekitaran Kod Arahan
3.1.3 Menghasilkan kod segmen menggunakan: (ii) operator perbandingan
OPERATOR PERBANDINGAN
• Operator perbandingan digunakan untuk membandingkan nilai di sebelah kiri operator dengan nilai di sebelah kanan operator.
• Hasil kepada hubungan perbandingan ialah nilai logik, iaitu Benar atau Palsu.
• Operator perbandingan digunakan dalam ungkapan boolean untuk pernyataan bersyarat bagi struktur kawalan pilihan dan struktur kawalan ulangan.
• Operator perbandingan juga dikenali sebagai pengendali perhubungan.
BIL | Operator | Penerangan | Contoh a = 5 dan b = 10 |
1 | == | Jika nilai dua operan adalah sama, maka keadaan menjadi benar | (a == b) adalah palsu. (a == 5) adalah benar |
2 | != < > | Jika nilai bagi dua operan tidak sama, maka keadaan menjadi benar | (a != b) adalah benar. (a != 5) adalah palsu. |
3 | > | Jika nilai operan kiri adalah lebih besar daripada nilai operan kanan, maka keadaan menjadi benar | (a > b) adalah palsu. (b > a) adalah benar |
4 | < | Jika nilai operan kiri adalah kurang daripada nilai operan kanan, maka keadaan menjadi benar. | (a < b) adalah benar. (b < a) adalah palsu. |
5 | >= | Jika nilai operan kiri adalah lebih besar daripada atau sama dengan nilai operan kanan, maka keadaan menjadi benar. | (a >= b) adalah palsu. (b >= a) adalah benar |
6 | <= | Jika nilai operan kiri adalah kurang daripada atau sama dengan nilai operan kanan, maka keadaan menjadi benar. | (a <= b) adalah benar. (b <= a) adalah palsu. |