ASK TINGKATAN 2

BAB 3.0 KOD ARAHAN

3.1 Persekitaran Kod Arahan

3.1.2 Membezakan antara pemboleh ubah dan pemalar dalam kod segmen.

a) Murid dapat membina pemboleh ubah dalam kod segmen python dengan pengisytiharan yang sesuai.


Rujuk buku teks muka surat 90 - 91 untuk penerangan lanjut


Pemboleh Ubah

  • Merupakan storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh atur cara.
  • Digunakan untuk mewakili sesuatu data yang perlu digunakan berulang kali oleh atur cara yang dibangunkan.
  • Pengatur cara dapat memanipulasi data yang disimpan dalam pemboleh ubah mengikut kod arahan yang dibangunkan.
  • Semasa penulisan kod arahan, pemboleh ubah yang diisytiharkan akan diberi satu label yang disebut pengecam yang sesuai dan disertakan dengan nilai.
  • Pengecam suatu pemboleh ubah perlu dilabelkan dengan nama yang bersesuaian bagi membolehkan pengecam dapat dirujuk semula dalam kod
  • Pengecam yang diberikan kepada pemboleh ubah boleh diubah apabila perlu dalam kod arahan.
  • Semasa pengisytiharan pemboleh ubah, ruang ingatan dalam komputer ditempah berdasarkan jenis data yang diberi kepada pemboleh ubah.
  • Pentafsir akan memperuntukkan tempat dan menetapkan saiz ingatan yang boleh digunakan dalam ingatan komputer yang telah dikhaskan.


Syarat untuk membuat pengisytiharan pemboleh ubah

 Nama bagi pemboleh ubah hanya boleh mengandungi aksara (a hingga z atau A hingga Z) dan digit    (0 hingga 9) serta simbol underscore _

 Nama pemboleh ubah harus menggambarkan nilai yang dipegang oleh pemboleh ubah tersebut supaya kod-kod atur cara yang dibangunkan dapat difahami dengan mudah.

 Nama bagi pemboleh ubah tidak boleh dimulakan dengan nombor.

 Nama bagi pemboleh ubah tidak boleh ada ruang kosong




! Berdasarkan output, pengaturcara mengisyitiharkan pemboleh ubah yang sesuai yang menepati syarat