ASK TINGKATAN 2
BAB 3.0 KOD ARAHAN
3.1 Persekitaran Kod Arahan
3.1.1 Menggunakan jenis data (integer, boolean, double, char dan string) dalam kod segmen.
TP1- Mengenal pasti jenis data, pemalar atau operator.
a) Murid dapat menggunakan jenis boolean dalam kod segmen python dengan betul.
Rujuk buku teks muka surat 85 - 87 untuk penerangan lanjut
boolean
-          Boolean berasal daripada nama George Boole yang merupakan seorang ahli matematik British.
-          Jenis data boolean mempunyai hanya dua nilai, iaitu Benar dan Palsu.
-          Dua nilai ini juga digelar nilai logik.
-          Nilai logik boolean sering kali disebut 0 dan 1 di mana 0 mewakili Palsu dan 1 mewakili Benar.
! Dalam Python, Palsu akan dipaparkan sebagai False dan Benar akan dipaparkan sebagai True.
-          Nilai logik Benar atau Palsu penting dan digunakan sebagai pernyataan bersyarat dalam struktur kawalan pilihan dan struktur kawalan ulangan.
-          Pernyataan bersyarat ini disebut ungkapan boolean.
-          Ungkapan boolean ialah ungkapan perbandingan yang terdiri daripada operator-operator perbandingan seperti ( > , >= , < , <= , == , != ).
Penerangan mengikut baris:
1-  Simbol = memberi maksud sama dengan. Oleh itu, x = 13 bermaksud nilai 13 diberi kepada x.
2- Simbol > memberi maksud lebih besar. Oleh itu, x > 3 bermaksud x lebih besar daripada 3. Pernyataan ini adalah benar, maka True dipaparkan.
3-  Simbol < memberi maksud lebih kecil. Oleh itu, x < 0 bermaksud x lebih kecil daripada 3.
Pernyataan ini adalah palsu, maka False dipaparkan.
4-   Simbol >= memberi maksud lebih besar atau sama dengan. Oleh itu, x >= 0 bermaksud x lebih besar atau sama dengan 0. Pernyataan ini adalah benar, maka True dipaparkan.
5-   Simbol <= memberi maksud lebih kecil atau sama dengan. Oleh itu, x <= 4 bermaksud x lebih kecil atau sama dengan 4. Pernyataan ini adalah palsu, maka False dipaparkan
6-   Simbol == memberi maksud sama dengan. Oleh itu, x == 0 bermaksud x adalah bersamaan 0.
Pernyataan ini adalah palsu, maka False dipaparkan
7-   Simbol != memberi maksud tidak sama dengan. Oleh itu, x != 0 bermaksud x tidak bersamaan dengan 0.
Pernyataan ini adalah benar, maka True dipaparkan
