ASK TINGKATAN 2
BAB 3.0 KOD ARAHAN
3.1 Persekitaran Kod Arahan
3.1.1 Menggunakan jenis data (integer, boolean, double, char dan string) dalam kod segmen.
TP1- Mengenal pasti jenis data, pemalar atau operator.
Rujuk buku teks muka surat 79 - 81 untuk penerangan lanjut
Double/float
-          juga sejenis data yang mewakili nombor.
-          nombor yang diwakili oleh double ialah nombor yang mengandungi bahagian pecahan, iaitu nombor yang mempunyai titik perpuluhan.
-          boleh terdiri daripada nombor negatif dan nombor positif yang bertitik perpuluhan.
-          Sintaks -  double, float
! Bahasa pengaturcaraan Python tidak menyokong jenis data double tetapi menggunakan jenis data float bagi mewakili nombor-nombor yang mempunyai titik perpuluhan
perbezaan double dan float
| 
 | Double | Float | 
| Penggunaan memori bagi pemboleh ubah | sebanyak 64 bit akan diperuntukkan | sebanyak 32 bit akan diperuntukkan | 
- Dalam pengaturcaraan Python, fungsi round() digunakan untuk membundarkan nilai float kepada bilangan tempat perpuluhan yang dikehendaki.
Char
-          Jenis data yang digunakan untuk mewakili aksara (character).
-          Aksara terdiri daripada huruf abjad, angka dan simbol yang berdasarkan kod ASCII.
-          Sintaks: char
-          
Contoh: char huruf1 = ‘a’;
! Bahasa pengaturcaraanPython tidak mempunyai jenis data char akan tetapi semua aksara diwakili dalam jenis data lain yang disebut string.
