🐱Meow disini melaporkan..
Google site adalah satu platform yang sangat mudah digunakan untuk perkongsian bahan. Once dah tahu untuk bina, anda banyak perkara yang kita boleh manfaatkan dengan google site ini.
Di sini, saya kongsikan apa yang saya buat dengan dengan google site.
1. Bina laman mata pelajaran untuk kegunaan semasa PdPR.
- Segala bahan, nota maklumat yang kita gunakan untuk sesi pengajaran boleh kita masukkan ke dalam google site ini. Oleh kerana google site mudah untuk dikemaskini, segala maklumat baru yang hendak ditambah ke dalam google site adalah sangat mudah dan cepat.
2. Perkongsian pautan/link penting untuk murid atau warga sekolah
- Kena isi laporan PdPR?
- Kena isi PBD?
- Pautan untuk perkongsian bahan-bahan panitia?
Semua ini boleh dimasukkan dalam google site. Tak perlu lagi kongsikan satu persatu link untuk diakses oleh warga sekolah di whatsapp atau telegram. Hanya kongsikan pautan google site sahaja.
3. Laman peribadi untuk mengakses fail atau link tertentu untuk kegunaan sendiri.
- Tujuannya adalah supaya kita boleh akses site kita ni dimana-mana peranti bukan milik kita tanpa login google account.
- Contoh yang mudah saya kongsikan di sini adalah, kita nak update wallpaper pada komputer makmal tetapi kita tak nak buka google drive sebab kena login lagi. Jadi, kita boleh masukkan pautan ke wallpaper yang dalam google drive kita pada site peribadi kita ni dan boleh terus download melalui link yang kita letak. Asalkan kena ingat la URL google site kita.
- Ini kira macam site peribadi tapi bukanlah kita letakkan benda-benda yang sensitif untuk dikongsi.
Apa lagi ya..kalau ingat nanti saya tambah.. sekali dengan contoh google sitenya..
🐱Meow gerak dulu..